Pengenalan Dan Kos Penggunaan Whatsapp Business API

Reading Time: 4 minutes

Whatsapp Business API merupakan ‘tool’ atau medium perhubungan yang dibenarkan dan disahkan oleh pihak Meta, untuk membuat automasi pada akaun Whatsapp. Kebiasaannya penggunaan automasi Whatsapp Business API ini ke arah penggunaan chatbot, auto reply, penghantaran mesej notifikasi ataupun broadcast mesej.

Whatsapp Business API BUKAN produk yang sama dengan aplikasi Whatsapp Business yang anda muaturun dan pasang di telefon anda. Whatsapp Business API BUKAN sejenis app. Untuk menggunakan Whatsapp Business API, anda perlu mendaftar dan menggunakannya melalui platform yang menyediakan Whatsapp Business API ini. Antara salah satu platform yang menyediakan Whatsapp Business API ialah Botzippy.

Untuk menggunakan Whatsapp Business API, selain kos penggunaan platform, terdapat juga kos tambahan yang akan dikenakan oleh pihak Meta. Bermula 1 Jun 2023, terdapat perubahan harga pada caj penggunaan Whatsapp Business API dan kini caj yang dikenakan akan dibahagikan kepada 4 jenis kategori. Setiap kategori mempunyai caj yang berbeza. 4 jenis kategori caj tersebut ialah;

  1. Marketing conversation
  2. Utility conversation
  3. Authentication conversation
  4. Service conversation.

Marketing Conversation

Marketing Conversation merupakan mesej yang dihantar dengan tujuan marketing, pengiklanan, promosi atau mana-mana mesej yang dilihat tidak termasuk dalam kategori Utility ataupun Authentication. Contoh mesej Marketing Conversation:

Utility Conversation

Untuk Utility Conversation, ianya ke arah mesej notifikasi yang dihantar kepada pelanggan yang berkaitan dengan status order ataupun notis-notis bil. Contoh mesej Utility Conversation;

Authentication Conversation

Untuk Authentication Conversation, ia melibatkan penghantaran kod ataupun One-Time Password (OTP) dan biasanya digunakan untuk pendaftaran ataupun pengesahan transaksi / akaun. Berikut contoh Authentication Conversation;

Service Conversation 

Untuk Service Conversation, ianya lebih kepada mesej dua hala dan melibatkan anda dan pelanggan anda. Mesej dalam kategori ini akan dikira sebaik sahaja pelanggan mula menghubungi anda dan anda mempunyai tempoh masa 24 jam untuk membalas mesej pelanggan tersebut. Jadi, selagi anda membalas mesej pelanggan anda dalam tempoh 24 jam, tanpa mengira jumlah mesej yang dihantar, kos yang dikenakan hanya 1 conversation sahaja. Ingat, 1 conversation dalam tempoh 24 jam.

Jika anda menggunakan fungsi chatbot ataupun auto reply, ia akan dikategorikan sebagai Service Conversation kerana memberi respon kepada pelanggan. Bagi setiap nombor yang didaftarkan dengan Whatsapp Business API, anda juga akan mendapat 1,000 Service Conversation percuma setiap bulan. Kiranya sangat bagus untuk permulaan.

Berikut ialah contoh Service Conversation:

Untuk menggunakan Marketing, Utility dan juga Authentication Conversation, anda diwajibkan untuk menyediakan template mesej terlebih dahulu dan perlu mendapat kelulusan dari pihak Meta. Jadi, selepas anda membuat template mesej, anda submit dan tunggu diluluskan oleh pihak Meta barulah anda dapat menggunakan mesej tersebut untuk dihantar kepada pelanggan anda. Bagi pengguna sistem Botzippy, terdapat satu menu khas untuk anda buat template mesej ini dengan lebih mudah.

Berikut pula ialah senarai caj / kos yang terkini yang dikenakan bagi setiap kategori;

Mungkin caj yang dikenakan ini nampak seperti lebih mahal berbanding kos SMS namun caj yang dikenakan oleh pihak Meta ini ialah caj per conversation dan bukannya caj per mesej. 1 conversation itu dikira dalam tempoh 24 jam tanpa mengira jumlah mesej yang dihantar TAPI dikira mengikut jenis conversation. Jika hanya 1 kategori conversation yang berlaku dalam tempoh 24 jam, maka hanya 1 caj sahaja yang dikira.

Sebagai contoh:

  1. Anda menghantar beberapa mesej dalam kategori Utility Conversation kepada pelanggan untuk maklumkan status order pelanggan dan mesej-mesej ini dihantar dalam tempoh 24jam. Jadi, dalam kes ini, hanya 1 caj Utility Conversation yang dikenakan iaitu hanya 0.02USD.

  2. Pelangan menghubungi anda dan anda menjawab beberapa soalan dari pelanggan. Proses soal jawab ini berlanjutan dalam tempoh 24 jam. Jadi, dalam kes ini, hanya 1 caj Service Conversation yang dikenakan iaitu 0.022USD.

  3. Anda menjawab beberapa soalan dari pelanggan dan dalam masa yang sama, anda membuat mesej broadcast promo tentang bisnes anda kepada pelanggan yang sama. Dalam kes ini, terdapat dua kategori conversation yang berlaku iaitu Service Conversation dan juga Marketing Conversation walaupun masih dalam tempoh 24jam. Jadi, dua caj yang akan dikenakan iaitu 0.086USD + 0.022USD.

Boleh juga lihat contoh situasi dibawah;

Situasi 1:

Dalam situasi ini, terdapat 2 jenis kategori conversation yang berlaku dalam tempoh 24 jam. Melayan pertanyaan pelanggan (Service Conversation) dan menghantar mesej promo (Marketing Conversation). Jadi, untuk situasi ini, akan dikenakan caj untuk 2 kategori. 0.022USD + 0.086USD (rate Malaysia).

Situasi 2:

Dalam situasi ini, juga terdapat 2 jenis kategori conversation yang berlaku dalam tempoh 24 jam. Pelanggan menerima hebahan mesej promo produk (Marketing Conversation) dan kemudian pelanggan menerima mesej pengesahan order (Utility Conversation). Jadi, untuk situasi ini, akan dikenakan caj untuk 2 kategori. 0.086USD + 0.02USD (rate Malaysia).

Situasi 3:

Untuk situasi ini, hanya mesej pengesahan sahaja yang dihantar dalam tempoh 24 jam. Walaupun terdapat dua mesej yang dihantar namun kedua-dua mesej tergolong dalam kategori yang sama iaitu Utility Conversation. Jadi, hanya 1 caj sahaja yang dikenakan iaitu 0.02USD (rate Malaysia).

Situasi 4:

Untuk situasi ini, terdapat 1 mesej sahaja yang dihantar namun dalam 1 mesej yang sama, terdapat 2 jenis conversation yang dikesan iaitu Utility dan Marketing Conversation. Mana-mana template yang dikesan mempunyai unsur pengiklanan/promo ia akan dikenalpasti sebagai Marketing Conversation. Dalam situasi ini, caj Marketing Conversation yang dikenakan pada mesej ini iaitu 0.086USD (rate Malaysia)

Jadi secara ringkas dan rumusan berkaitan dengan caj penggunaan Whatsapp Business API:

  1. Whatsapp Business API bukan sejenis aplikasi untuk telefon. Ia digunakan untuk automasi Whatsapp.
  2. Kos keseluruhan untuk Whatsapp Business API ialah kos platform (contoh Botzippy) + caj conversation dari Meta.
  3. Terdapat 4 kategori conversation yang dikira iaitu Marketing, Utility, Authentication dan Services.
  4. Caj dikira mengikut per conversation 24 jam dan bukannya per mesej.
  5. Anda perlu buat template untuk hantar Marketing, Utility dan Authentication Conversation.
  6. 1,000 Service Conversation diberi percuma untuk setiap bulan bagi setiap nombor.

Untuk lebih jelas dan lebih info berkaitan caj penggunaan Whatsapp Business API, anda juga boleh rujuk di laman web developer Facebook.

Leave a Reply